Taburan Burung Botak Besar

Spesies ini pernah tersebar luas di tanah rata tebing pasir sungai ("riverine plains") di utara India, bagaimanapun kawasan pembiakan mereka lama tidak diketahui sehingga koloni bersarang yang amat besar akhirnya dijumpai pada tahun 1877 di Shwaygheen di Sungai Sittaung, Pegu, Burma dan ia dipercayai bahawa burung India turut membiak di situ.[13][14] Koloni membiak ini, yang termasuk "Spot-billed Pelican", merosot dari segi saiz dan pupus sepenuhnya menjelang 1930-an.[15] Selanjutnya, tapak sarang di Taman Negara Kaziranga merupakan kawasan pembiakan tunggal yang diketahui sehingga tapak baru dijumpai di Assam, "Tonlé Sap" dan di Perlindungan Haiwan Liar Kulen Promtep. Pada tahun 1989, populasi membiak di Assam dianggarkan sebanyak 115 ekor burung[15][16][17][18] dan di antara tahun 1994 dan 1996 populasi di lembah Brahmaputra dianggar sekitar 600 ekor.[19][20] Koloni lebih kecil sekitar 35 sarang dijumpai berhampiran Bhagalpur pada tahun 2006.[21]

Semasa musim luar mengawan, burung pucung di kawasan India tersebar luas, kebanyakannya di Tanah rata Indo-Gangetik dan rekod dari kawasan Deccan amat jarang.[22] Rekod mengenai kawanan dari jauh di selatan berhampiran Mahabalipuram telah dipersoalkan.[15][23] Pada tahun 1800-an, burung Botak Besar amat biasa di dapati dalam bandar Calcutta semasa musim panas dan hujan. Perkumpulan ini sepanjang Ghat di Calcutta bagaimanapun merosot dan hapus sepenuhnya menjelang awal 1900-an. Peningkatan kebersihan telah dicadangkan sebagai punca kemerosotan mereka.[6][7][24] Burung Botak Besar turut direkodkan di Bangladesh pada tahun 1850-an, membiak sekitar Sundarbans, tetapi tidak direkodkan selepas itu.[25][26][27]

Rujukan

WikiPedia: Burung Botak Besar http://elibrary.unm.edu/sora/Auk/v088n04/p0723-p07... http://www.cdc.gov/eid/content/15/3/pdfs/07-1410.p... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2681101 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19239769 http://www.phthiraptera.info/Publications/0786.pdf http://www.phthiraptera.info/Publications/0997.pdf http://birdbase.hokkaido-ies.go.jp/rdb/rdb_en/lept... http://www.archive.org/stream/BakerFbiBirds6/Baker... http://www.archive.org/stream/NLBW30_56#page/n9/mo... http://www.archive.org/stream/NLBW30_78#page/n4/mo...